suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, Dua Cedera Letupan Di Taman Jepun

TOKYO: Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya dua lagi cedera akibat dua letupan di sebuah taman di Jepun pada Ahad, menurut jabatan bomba.

Seorang jurucakap jabatan bomba berkata, letupan berlaku di sebuah taman di Utsunomiya, kira-kira 100 kilometer utara Tokyo pada pagi Ahad.

Bagaimanapun tidak dijelaskan mengenai punca letupan.

"Seorang individu ditemui maut," kata jurucakap jabatan bomba kepada AFP tanpa mengulas lanjut.

Penyiar NHK memberitahu, satu mayat yang dalam keadaan rosak teruk ditemui dekat tempat meletakkan basikal di taman itu.

"Jantina dan umur ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti," kata seorang lagi pegawai jabatam bomba, sambil menambah satu letupan mengenai sebuah kereta yang diletakkan di taman itu.

Seorang lelaki memberitahu NHK terdapat bau serbuk peledak di kawasan berkenaan selepas letupan berlaku. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain