suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Cerai Isteri Selepas Lihat Wajah Tanpa Solekan

Gambar hiasan. Foto chicagonow.com

SEORANG suami bertindak menceraikan isterinya beberapa hari selepas mereka berkahwin, selepas melihat wajah isterinya tanpa solekan buat pertama kali.

Pengantin dari Arab yang berusia 28 tahun itu, diceraikan suaminya selepas dituduh menggunakan banyak kosmetik dan bulu mata palsu.

Kejadian berlaku selepas pasangan yang baharu berkahwin itu melakukan aktiviti renang di pantai Al Mamzar di Dubai.

Solekan pada wajah wanita berusia 34 tahun tertanggal selepas dibasahi air laut.

Keadaan tersebut menyebabkan suaminya tidak dapat mengecam wajah wanita itu.

Seorang perunding psikologi, Dr Abdul Aziz Asaf membantu wanita berkenaan dalam menangani masalah penceraiannya.

"Lelaki itu dengan serta-merta menceraikan isterinya, dan enggan untuk merujuk kembali," katanya kepada Gulf News. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain