suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haiti Rekod Hampir 800 Kes Taun Kesan Taufan Matthew

GENEVA: Taufan Matthew yang membadai Haiti membawa musibah berpanjangan apabila hampir 800 kes taun direkodkan dalam tempoh seminggu lalu.

Situasi sukar dihadapi apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pihak berkuasa menghadapi masalah mendapatkan ujian sampel mangsa dijangkiti.

Wakil WHO di Haiti, Jean-Luc Poncelet berkata, apabila sistem ujian beroperasi sepenuhnya, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan sejumlah besar kes jangkitan.

Beliau berkata, angka Kementerian Kesihatan mencatatkan 773 kes taun didaftarkan antara 9 hingga 15 Oktober lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengumumkan penghantaran vaksin taun bernilai jutaan dolar dalam usaha menangani dan mencegah merebaknya wabak taun di Haiti.

Sejak Haiti menghadapi bencana gempa bumi pada tahun 2010, kira-kira 10,000 penduduk mati disebabkan taun.

Angka kes penghidap tahun melonjak kepada 300,000 pada 2011 namun ia menurun kepada kurang 30,000 beberapa tahun lalu.

Sebelum Taufan Matthew melanda Haiti pada minggu pertama Oktober, lebih 28,000 kes taun direkodkan tahun ini. - AFP




taun, Haiti, Taufan Matthew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain