suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Suspek Anggota Abu Sayyaf Ditembak Mati

Anggota kumpulan Abu Sayyaf. - Gambar fail dari Philippine Daily Inquirer

BANDAR ZAMBOANGA: Pasukan askar Marin di Tawi-Tawi  dilaporkan telah menembak mati salah seorang suspek anggota Abu Sayyaf yang cuba merampas senjata askar ketika dalam perjalanan ke balai polis pada Selasa.

Jurucakap Western Mindanao Command, Mejar Filemon Tan Jr berkata, Ustab Anji ditahan dalam satu serbuan di bandar Panglima Sugala,  Barangay Magsagaw lebih kurang pukul 1 tengah hari.

Pihak berkuasa turut merampas  sepucuk pistol .45 dan bom tangan daripadanya.

Tan berkata, ketika suspek dalam perjalanan ke Balai Polis Panglima Sugala, Anji telah bertindak merampas senjata api daripada salah seorang askar dan tercetus pergelutan sebelum suspek ditembak mati.

"Anji terlibat dalam insiden tebusan di Sidapan dan ganjaran P350,000 ditawarkan bagi menangkapnya sebelum ini.

"Dia juga dikaitkan dengan penculikan Indonesia dan Malaysia baru-baru ini, "jelas Tan. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network

Abu Sayyaf, Ustab Anji

Artikel Sebelum

Artikel Lain