suria

Cuaca Buruk:Pesawat Bawa PM Singapura Ke Udaipur Patah Balik

SINGAPURA:  Sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Udaipur, India terpaksa berpatah balik ke New Delhi berikutan cuaca buruk.     

"Kadang-kadang alam semulajadi mempunyai rancangannya sendiri. Kami hanya sepuluh minit sahaja jauhnya dari Udaipur apabila cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad memaksa pesawat kami berpatah balik ke New Delhi,"kata Lee dalam laman Facebook beliau.   

"Menunggu di lapangan terbang Delhi sekarang, dengan harapan cuaca kembali baik dan kami boleh ke Udaipur (lagi). Tunggulah berita terkini," kata Lee dalam catatannya.

Catatan beliau disertai dengan rakaman video tentang cuaca buruk yang dialaminya susulan pembatalan pendaratan pesawat itu di Udaipur.

Lee mengadakan lawatan kerja lima hari ke India bermula 3 Oktober sebelum ke Udaipur sehingga 6 Oktober.   

Beliau diiringi isterinya Ho Ching, Menteri Perdagangan dan Industri S Iswaran, Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggidan Kemahiran), Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Ong Ye Kung serta Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Ehwal Luar Mohamad Maliki Osman.   

Turut menyertai delegasi Lee ialah Ahli-ahli Parlimen Denise Phua dan Vikram Nair serta pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan dan Industri serta Kementerian Pendidikan Malaysia.   

Ekoran catatan pengalamannya itu, laman Facebook Lee menerima banyak maklum balas termasuk ramai yang mendoakan keselamatan beliau dan delegasinya sepanjang perjalanan pulang ke Singapura. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain