suria

Penyelam UWS Maut Disengat Ikan Pari

SINGAPURA: Penyelam warga tempatan maut apabila disengat ikan pari ketika berada di dalam akuarium Underwater World Singapore (UWS) untuk proses memindahkan ikan itu.

Mangsa, Philip Chan terkena sengatan pada dada, demikian menurut pemilik UWS, Haw Par Corporation.

Penyelam veteran berusia 62 tahun itu meninggal dunia di hospital pada pukul 2.20 petang.

Haw Par berkata, berikutan kejadian itu, proses pemindahan hidupan laut dihentikan sehingga siasatan polis selesai.

Pusat rekreasi di Pulau Sentosa yang telah beroperasi selama 25 tahun  ditutup sejak Jun lalu kerana jumlah pengunjung yang tidak ramai, selain masih belum dapat menambah tarikan termasuk akuarium yang lebih besar.

Setakat ini, beberapa haiwan sudah dipindahkan seperti  ikan lumba-lumba merah jambu dan anjing laut berbulu yang dihantar ke Chimelong Ocean Kingdom di Zhuhai, China, antara taman marin terbesar dunia.

Kejadian yang menimpa Chan itu sama seperti yang berlaku terhadap personaliti Australia, Steve Irwin, 44, yang juga mati akibat disengat ikan pari pada dadanya pada 2006 di Great Barrier Reef.

UWS, ikan pari, Haw Par Corporation

Artikel Lain