suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi Berdarah

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 34 terkorban apabila seorang pengebom  meletupkan diri dalam majlis perkahwinan di wilayah Hasakeh, timur laut Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan pasukan perubatan memberitahu, kejadian pada Selasa itu berlaku pada majlis melibatkan anggota tentera negara itu.

“Pengebom meletupkan dirinya dalam sebuah dewan di kampung Tall Tawil semasa majlis perkahwinan seorang pejuang Tentera Demokratik Syria (SDF) menyebabkan sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

SDF adalah pasukan pakatan Arab-Kurdis yang memerangi rejim Presiden Bashar Al-Assad dan militan Daesh di Syria.

“Ketika pengantin melafazkan ikrar, seorang lelaki memakai jaket hitam berjalan melintasi saya.

“Dia kelihatan pelik dan beberapa saat kemudian berlaku letupan kuat menyebabkan ramai tetamu jatuh dan mayat bergelimpangan,” kata saksi kejadian yang dikenali sebagai Ahmad.

Laporan agensi berita AFP menyebut kedua-dua pengantin selamat seperti mana yang disahkan ahli keluarga mereka.

Sumber hospital di Hasakeh pula berkata, 80 mangsa cedera dalam serangan tersebut.

Sementara itu, militan Daesh mengeluarkan kenyataan mengakui seorang pejuangnya menyerang ‘perhimpunan besar’ pejuang Kurdis berhampiran Hasakeh tanpa menyebut sama ada majlis perkahwinan tersebut dijadikan sasarannya.

Daesh mendakwa 40 maut dalam letupan itu. – AFP



Hasakeh, Syria, SOHR, Tail Tawil

Artikel Lain