suria

Demonstrasi Pelajar Paksa Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata, Peluru Getah

JOHANNESBURG: Pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan demonstrasi pelajar universiti di sini, kerana tidak setuju dengan peningkatan yuran pengajian.

Lebih kurang 100 pelajar berkumpul dan mula menyanyi di luar dewan utama Universiti of The Witwatersrand (Wits) sebelum pegawai masuk untuk menghentikan demonstrasi itu.

Polis dan pengawal peribadi mengawal rusuhan yang berlaku di kampus pada awal pagi.

Menurut Polis, dua pelajar ditahan di kampus berkenaan  kerana mengganggu kenteteraman orang awam.

Malahan, ada pelajar yang memaksa pensyarah untuk keluar dari pejabat.

Pada 19 September, pihak pentadbir universiti itu berkata, yuran akan terus meningkat sehingga lapan peratus pada 2017.

“Kami tidak mempunyai pilihan kecuali dengan meletakkan polis disekeliling kampus selepas kejadian itu kerana ia mengganggu ketenteraman kakitangan universiti,” kata jurucakap universiti, Shirona Patel.

Menurutnya, kampus yang ditutup sementara disebabkan protes itu akan dibuka semula pada Isnin.


bom asap, Wits

Artikel Lain