suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Pengeboman New York, New Jersey Ditahan - Rangkaian TV AS

Ahmad Khan Rahami
NEW YORK: Rakyat Amerika kelahiran Afghanistan yang dikehendaki berkaitan pengeboman hujung minggu di New York dan New Jersey ditahan pada Isnin selepas pertempuran dengan polis, lapor rangkaian televisyen Amerika Syarikat.

Ahmad Khan Rahami, 28, ditahan oleh polis di Linden, New Jersey, pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang telah dipetik sebagai berkata oleh televisyen NBC dan CNN.

Ketika dihubungi AFP, polis di Linden berkata mereka tidak mempunyai komen segera.

Linden adalah kawasan penempatan di barat daya Elizabeth, New Jersey, kampung halaman Ahmad Khan di mana pegawai FBI menemui dan mematikan bom yang ditanam di stesen kereta api.

Ahmad Khan dikehendaki berkaitan dengan pengeboman di Chelsea New York, pada Sabtu yang mencederakan 29 orang dan serangan bom paip di pantai Jersey, yang tidak menyebabkan sebarang kecederaan tetapi memaksa perlumbaan US Marine Corps dibatalkan.

Penangkapannya dilaporkan dibuat kira-kira empat jam selepas FBI mengeluarkan gambarnya yang berambut coklat dan berjanggut dan dia digambarkan sebagai 'bersenjata dan berbahaya' dalam mesej teks yang dihantar kepada berjuta-juta orang di New York.

Artikel Lain