suria

Indonesia Diberi Kebenaran Buru Lanun Di Filipina

JAKARTA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi lampu hijau kepada pasukan keselamatan Indonesia untuk memburu lanun di kawasan perairan Filipina.

Duterte berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Joko Widodo di Jakarta pada Jumaat lalu bagi membincangkan isu ancaman lanun dan beberapa isu keselamatan lain.

Beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap penghantaran arang batu dari Filipina ke Indonesia yang sering terjejas akibat kegiatan lanun.

"Jika pihak berkuasa Indonesia mengejar lanun dan memasuki kawasan perairan Filipina, mereka boleh meneruskan usaha itu dan menghancurkan kumpulan penjenayah terbabit.

"Jika ada jerung di kawasan perairan itu, campakkan sahaja mereka (lanun) ke dalam laut," katanya.

Sembilan rakyat Indonesia antara tebusan asing yang masih ditahan oleh militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Pada Mei lalu, Indoensia, Filipina dan Malaysia bersetuju untuk rondaan secara bersama susulan siri penculikan dan ancaman lanun yang menjejaskan tahap keselamatn di Laut Celebes yang merupakan laluan perdagangan utama di rantau ini. - AFP

Lanun, Filipina, Indonesia, Duterte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain