suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Maut Gempa Tanzania

Foto bbc.com

SEKURANG-kurangnya 13 maut dan 203 orang cedera di barat laut Tanzania akibat gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang melanda negara itu pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan kepada AFP.

"Angka kematian meningkat dari 11 kepada 13, dan bagi yang cedera meningkat dari 192 kepada 203," kata Pesuruhjaya Daerah Bukoba, Deodatus Kinawilo.

Bukoba merupakan bandar yang berdekatan dengan pusat gempa.

"Buat masa ini, keadaan adalah tenang dan terkawal," kata Kinawilo.

Beliau menambah, sebahagian mangsa yang menerima rawatan di hospital dibenarkan pulang.

"Kita tidak menjangkakan lebih banyak yang cedera. Kita lihat esok," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain