suria

Novak Djokovic Bakal Bintangi Program Realiti TV

Novak Djokovic. Foto AFP

NEW YORK: Novak Djokovic yang mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) mengumumkan beliau akan membintangi dalam dokumentari bersiri mengenai dirinya.

Pemain nombor satu dunia itu bersetuju untuk membenarkan kehidupannya di luar dan di gelanggang dirakamkan.

Program bersiri berkenaan yang bakal mempunyai tajuk "Novak" akan ke udara di Amazon Prime di Amerika Syarikat, United Kingdom, Austria dan Jepun pada 2017.

"Peminat saya terus bertahan dan meraikan bersama-sama saya sejak awal lagi pembabitan karier saya sebagai pemain tenis.

"Saya kini mahu berkongsi dengan mereka mengenai kehidupan harian saya, dan apa yang penting buat saya adalah nilai, kepercayaan dan tabiat saya, dan juga memperkenalkan insan-insan luar biasa yang sentiasa berada di sisi saya," kata Djokovic dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ATP.

Djokovic mara ke pusingan akhir Terbuka AS buat kali ketujuh selepas menumpaskan pemain kelahiran Perancis, Gael Monfils dengan 6-3, 6-2, 3-6, 6-2. - AFP

Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Duterte Akui Tak Niat Hina Obama

Artikel Berikut

Artikel Lain