suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Magnet India Semakin Berkuasa

NEW DELHI: Lelaki magnet India, Arun Raikar menjadi semakin "berkuasa" apabila mampu melekatkan besi yang mempunyai berat melebihi 10 kilogram.

Awal tahun ini, lelaki dari Sagar di negeri Madhya Pradesh itu mempamerkan kebolehannya melekatkan sudu dan paku pada badannya yang dipercayai mempunyai kuasa magnet.

Kini dia menunjukkan kebolehannya itu apabila berjalan dengan dua saterika, setiap satu mempunyai berat lebih lima kilogram, melekat pada badannya.

Dalam video berkenaan, Raikar melakukan aksi luar biasa itu di hadapan ramai penonton yang ternyata kagum dengan kebolehannya.

Selain itu, Raikar turut menunjukkan bagaimana beberapa objek besi lain seperti sudu dan paku melekat pada badannya disebabkan kuasa magnet.

Menurutnya, kuasa magnet itu wujud pada pada bahagian tertentu di badannya termasuk dada, perut dan belakang badan.

"Kuasa magnet ini semakin hari semakin kuat.

"Pada mulanya saya menyangka kejadian ini merupakan satu malapetaka, tetapi kemudian menyedari ia adalah satu pemberian daripada Tuhan," katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.

Pihak rekod India, Limca Book of Records, meminta Raikar untuk menghantar rakaman tersebut bagi mendapat pengiktirafan yang setimpal.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3781915/Getting-attractive-day-Indian-man-claims-magnetic-hold-10kg-IRON-body-starting-spoons-nails.html


Lelaki Magnet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

13 Maut Gempa Tanzania

Artikel Lain