suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Akibat Serangan Bom Di Tak Bai

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun apabila sebutir bom diletupkan di luar sebuah sekolah dekat wilayah selatan Thailand pada Selasa.

Kejadian itu berlaku di daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat apabila bom yang disembunyikan dalam sebuah motosikal, diletupkan ketika ramai murid dan guru sedang memasuki sekolah untuk memulakan hari persekolahan.

Seorang anggota polis yang enggan dikenali berkata, mangsa yang terbunuh merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dewasa, berkemungkinan bapa kepada mangsa.

Seramai 10 orang mangsa, termasuk empat anggota polis turut dilaporkan cedera akibat letupan tersebut.

Sementara itu, jurucakap tentera Thailand, Kolomel Pramote Prom-in menyifatkan kejadian tersebut sebagai kejam kerana pihak yang mendalangi keganasan itu sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

"Serangan bom itu merupakan cubaan kumpulan militan untuk mencetuskan huru-hara dan membunuh orang ramai," katanya.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu. - AFP

Artikel Sebelum

Drama Tebusan di Kabul Berakhir

Artikel Berikut

Robot Jadi Pembantu Di Terminal

Artikel Lain