suria

Obama Batal Jumpa Duterte Selepas Dihina

Barack Obama.

VIENTIANE: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan pertemuannya dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte selepas Duterte melabelkan Obama dengan kata-kata kesat, kata jurucakap Rumah Putih pada Selasa.

Duterte yang begitu terkenal dengan kelantangan suaranya dan kempennya membanteras penyalahgunaan dadah, melabelkan Obama dengan perkataan menghina semasa bercakap kepada pemberita pada Isnin.

Kenyataan menghina itu dikeluarkan sehari sebelum Duterte dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Obama di Laos, lokasi sidang kemuncak di Laos yang disertai para pemimpin Asia Selatan.

Pada satu sidang media, Obama berkata, beliau memberitahu pegawainya untuk bercakap dengan pegawai Filipina bagi mengesahkan "jika ini masa yang sesuai untuk kedua-dua pihak mengadakan perbincangan konstruktif dan produktif," sekali gus menimbulkan keraguan mengenai mesyuarat itu tidak diteruskan seperti yang dirancang.

"Saya sentiasa mahu pastikan jika saya mengadakan mesyuarat, ia adalah produktif dan dapat melakukan sesuatu," kata Obama kepada pemberita.

Sebaliknya, Obama kini merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Majlis Keselamatan Rumah Putih, Ned Price, sambil menjelaskan bahawa antara agenda dalam pertemuan itu berhubung maklum balas kepada tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu baru-baru ini. - Reuters

Rodrigo Duterte, Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penjual Sayur Hidap Penyakit Misteri

Artikel Lain