suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Filipina Tandatangan Pengisytiharan Darurat

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte menandatangani perisytiharan darurat pada Isnin bagi menyekat keganasan tanpa undang-undang di negara ini, kata seorang pegawai istana.

Duterte menandatangani dokumen satu halaman itu sejurus sebelum berlepas ke Sidang Kemuncak Asean di Laos, demikian kenyataan Setiausaha Kerja, Salvador Medialdea kepada pemberita.

Beliau menegaskan bahawa keganasan adalah sebab utama pengisytiharan itu dibuat.

Insiden keganasan penculikan, memenggal kepala dan pengeboman di Davao mendorong Duterte untuk menandatangani pengisytiharan tersebut, jelas beliau.

Pengisytiharan ini akan terus berkuat-kuasa selagi presiden mengkehendakinya, kata Medialdea.

Duterte sebelum ini mengisytiharkan keadaan 'huru-hara' pada Sabtu iaitu beberapa jam selepas insiden serangan bom di Davao yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh cedera. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Filipina, Rodrigo Duterte

Artikel Sebelum

Penjual Sayur Hidap Penyakit Misteri

Artikel Berikut

Artikel Lain