suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Siasat Kes Jerebu Jadi Tebusan

JAKARTA: Seramai tujuh orang pegawai penyiasat kes kebakaran hutan Indonesia dijadikan tebusan dan diugut bunuh oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh syarikat minyak sawit di Pulau Sumatera.

Kesemua mangsa dihantar ke wilayah Riau yang sering dilanda masalah kebakaran hutan pada setiap tahun, untuk menyiasat punca kebakaran yang tidak terkawal walaupun kerajaan berusaha mengekang masalah itu.

Kementerian Alam Sekitar dalam kenyataannya berkata, pasukan penyiasat itu dikerah ke sebuah ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh syarikat Andika Permata Sawit Lestari (APSL) untuk menyiasat aduan berhubung aktiviti pembakaran terbuka bertujuan membersihkan kawasan pertanian.

Ketika pasukan itu meninggalkan ladang tersebut, mereka ditahan lebih 100 orang yang memaksa mereka memadamkan gambar yang diambil di kawasan terbabit.

Mereka kemudiaannya ditahan hampir 12 jam selain diugut bunuh dan pukul oleh kumpulan samseng tersebut.

Bagaimanapun kesemua penyiasat itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas ketua polis tempatan bersama sepasukan anggota polis bertindak campur tangan.

Susulan kejadian berkenaan, Menteri Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar berkata, pihaknya percaya aktiviti haram tersebut dilakukan oleh syarikat APSL.

Beliau turut mengecam tindakan kumpulan samseng menahan pegawai penyiasat dan berjanji untuk melancarkan siasatan serta menghukum pihak yang bertanggungjawab.

"Gambar yang diambil oleh mereka telah dipadamkan tetapi gambar daripada sebuah drone berjaya diselamatkan untuk dijadikan bukti," katanya.

Syarikat APSL gagal dihubungi untuk mengulas kejadian itu. - AFP

Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain