suria

Bekas Wanita Tertua Meninggal Dunia

BEIJING: Bekas wanita tertua di dunia, Fu Suqing meninggal dunia pada usia 119 tahun di rumahnya pada Sabtu.

Menurut portal berita Chengdu Business Daily yang memetik kenyataan ahli keluarga Suqing, wanita terbabit terjatuh secara  di atas katil dengan keadaan mata terbuka dan didapati tidak lagi bernafas.

Suqing yang berasal dari Chengdu dekat wilayah SiChuan, hidup tanpa memiliki harta yang banyak dan baru menyambut ulang tahun kelahirannya pada Ogos lalu.

Sepanjang hidupnya, Suqing mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk memetik sendiri buah limau dan membersihkan halaman rumah walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Pada 2013, wanita itu diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia oleh Carrying the Flag World Records, sebuah syarikat yang beribu pejabat di London.

Namun pada tahun yang sama, rekodnya itu dipadamkan apabila seorang wanita berusia 127 tahun dari wilayah bergolak Xinjiang merampas gelaran tersebut.

Wanita Tertua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain