Nelayan Simpan Mutiara RM400 Juta Sebagai 'Tangkal' - Dunia | mStar

Nelayan Simpan Mutiara RM400 Juta Sebagai 'Tangkal'

MANILA: Selepas 10 tahun menyimpan mutiara yang ditemui di kediamannya sebagai 'tangkal', seorang nelayan warga Filipina terkejut apabila mengetahui nilainya mencecah AS$100 juta (RM403 juta).

Ketulan mutiara seberat 34 kilogram yang ditemui di Pulau Palawan itu diserahkan nelayan berkenaan kepada pegawai pelancongan daerah apabila terpaksa berpindah selepas rumahnya terbakar awal tahun ini.

Mutiara itu ditemui dalam seekor kima gergasi ketika menyelam untuk melepaskan sauhnya yang tersangkut di Puerto Princesca.

Mutiara selebar kira-kira 0.3 meter dan sepanjang 0.67 meter itu jauh lebih besar berbanding permata digelar Pearl of Allah seberat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta) juga ditemui di perairan Palawan pada 1934.

Sementara itu, pegawai pelancongan terbabit, Aileen Cynthia Amurao berkata, nelayan itu tidak mengetahui nilai mutiara itu, sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal. 

"Kami terkejut apabila dia membawanya. Kami perlu mendapat pengesahan daripada pakar mengenai nilai sebenarnya.

“Namun kami yakin Purteo Princesca bakal mencipta nama sebagai tempat mutiara asli terbesar dunia ditemui," katanya.

Katanya, mutiara itu akan terus disimpan di Filipina dan berharap ia akan menarik lebih ramai pelancong ke bandar berkenaan.

Mulai Selasa, mutiara itu telah dipamerkan untuk orang ramai.

mutiara , Pulau Palawan , Pearl of Allah

Artikel Sebelum

Banjir Ragut Lebih 300 Nyawa Di India

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain