suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, 30 Cedera Letupan Di Selatan Thailand

Lokasi letupan bom dekat sebuah hotel di selatan Thailand. Foto thesun.co.uk

BANGKOK: Seorang warga Thailand maut dan 30 lagi cedera dalam kejadian dua letupan bom pada lewat Selasa dekat sebuah hotel di Pattani, selatan negara itu.

Menurut Polis, Leftenan Kolonel Winyu Tiamraj  memberitahu Reuters pada Rabu bahawa letupan pertama berlaku di sebuah tempat letak kereta di belakang Hotel Southern tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Letupan kedua berlaku dari sebuah trak yang diletakkan di hadapan hotel berkenaan, bertentangan dengan bar karaoke dan rumah urut.

"Insiden itu mengakibatkan seorang maut dan 30 orang cedera," katanya.

Letupan berlaku kurang dari dua minggu selepas beberapa siri letupan melanda di tiga destinasi pelancongan popular Thailand dan sebuah bandar di selatan negara itu, mengorbankan empat orang dan mencederakan berpuluh yang lain. - Reuters


Artikel Lain