suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Android 7.0 Nougat Secara Rasmi Untuk Peranti Google Nexus

BERITA baik untuk pengguna Nexus apabila anda menjadi pengguna pertama yang akan menerima naik taraf Android 7.0 Nougat.

Google mengumumkan bahawa ia telah mula melancarkan kemas kini di seluruh dunia, justeru masa selama beberapa hari mungkin diambil sebelum pengguna mendapat kemas kini.

Diumumkan pada persidangan pemaju Google I/O pada bulan Mei, Nougat akan tersedia untuk Nexus 6P, 6, 5X, 9, Pixel C dan Nexus Player.

Google juga berkata penerima awal Android Beta Program turut akan menerima versi akhir kemas kini tidak lama lagi.

Menurut gergasi teknologi global itu, terdapat lebih 250 ciri utama di dalam keluaran terbaru Android, termasuk 72 aksara emoji baharu, sokongan berbilang tetingkap (multi-window), pemasangan VR, mod penjimatan bateri yang dipertingkatkan dan mod penjimatan data.

Selain itu, pengguna juga boleh terus membalas mesej daripada menu notifikasi daripada harus melancarkan aplikasi terlebih dahulu.

Samsung telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan kemas kini untuk Galaxy Note 7 dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Pengguna peranti lain perlu menunggu sehingga pengeluar melakukan semula naik taraf untuk peranti mereka, yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Android, Nougat, Nexus

Artikel Lain