suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Ragut Lebih 300 Nyawa Di India

Sebahagian besar perkampungan di Saraon, berhampiran Allahabad tenggelam disebabkan banjir yang melanda India sejak beberapa hari lalu.

NEW DELHI: Banjir melanda timur dan tengah India lagi dan kali ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 300 penduduk maut, manakala lebih enam juta lagi terjejas akibat bencana alam itu.

Hujan lebat sepanjang musim monsun menyebabkan sungai, termasuk Sungai Ganges dan anak sungai melimpah hingga meruntuhkan tebing.

Keadaan mencemaskan itu memaksa penduduk berpindah ke kem bantuan di Madhya Predesh, Bihar, Uttar Pradesh, Rajastan dan Uttarakhand.

Pihak berkuasa berkata, bencana itu turut mengakibatkan banyak kampung ditenggelami air, menghanyutkan sejumlah besar tanaman, memusnahkan jalan raya serta memutuskan bekalan elektrik dan telefon.

Air Sungai Betwa mengalir dengan begitu deras hingga melimpahi tebing dan menenggelamkan perkampungan berhampiran.

Sementara itu, pegawai rasmi kerajaan di Bihar berkata, keadaan banjir kali ini adalah serius.

Perkara itu diakui Majistret Daerah Katihar, Zafar Rakib, yang memaklumkan bencana itu telah menenggelamkan kawasan rendah, banyak rumah dan sebilangan besar tanaman.

Katihar adalah satu daripada 24 daerah di Bihar yang terjejas akibat bencana banjir itu. Bihar mempunyai 38 daerah. - Reuters


banjir, India, Sungai Ganges

Artikel Sebelum

Artikel Lain