suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Pencuri 'Buang' Tiga Buaya Di Sekolah

DARWIN: Polis Australia memburu empat lelaki yang 'membuang' tiga buaya air masin di sebuah sekolah, selepas memecah masuk untuk mencuri peralatan komputer.

Polis di wilayah utara berkata, kesemua lelaki memasuki Kolej Taminmin di Humpty Doo, 40 kilometer selatan Darwin pada awal pagi Ahad lalu, selepas menolak masuk tiga buaya berkenaan menerusi tingkap yang dipecahkan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kumpulan lelaki itu mencuri sebuah monitor komputer sebelum melarikan diri.

Renjer Taman dan Hidupan Liar, Luke McLaren memberitahu radio ABC, haiwan reptilia itu yang mulut masing-masing ditutup dengan pelekat mungkin diambil dari ladang ternakan buaya berhampiran.

Katanya, kesemua haiwan itu dalam keadaan lemah.

"Kita akan mengenal pasti haiwan-haiwan ini dari ladang ternakan mana dan kita akan cuba membawa ia semula ke ladang itu.

"Tetapi melihat keadaan haiwan-haiwan ini kemungkinan ia terpaksa dimatikan," katanya. - Reuters

Artikel Lain