suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Kaji Hanyutan Serpihan MH370

SYDNEY: Sekeping replika serpihan besar daripada pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 akan dibiarkan hanyut dan dikesan oleh satelit dengan harapan ia dapat membantu mencari lokasi kemalangan pesawat, menurut pegawai Australia, Rabu.

Australia mengetuai pencarian pesawat itu yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 orang di atas kapal dan kini sedang menyelesaikan siasatan di dasar Lautan Hindi.

Dalam kemas kininya mengenai pencarian dalam air yang setakat ini gagal menemui sebarang serpihan daripada pesawat, kerajaan Australia berkata kajian pemodelan drift baru akan dilakukan.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, walaupun pakar-pakar telah bekerja untuk melakukan pemodelan drift serpihan MH370 sejak 18 bulan lalu, satu 'kajian intensif selanjutnya akan dilaksanakan'.

Antara serpihan penting yang akan dijadikan model adalah sekeping serpihan pertama daripada MH370, flaperon berukuran dua meter yang terdampar di pulau Reunion pada Julai 2015.

"Sejak sembilan bulan lalu terdapat pelbagai serpihan ditemui di sepanjang garis pantai barat Lautan Hindi yang telah dikaitkan dengan MH370," kata JACC dalam kenyataan itu.

"Flaperon tersebut, bagaimanapun, amat penting kerana ia adalah serpihan pertama yang ditemui dan oleh itu ia menghabiskan sejumlah masa untuk hanyut."

Fasa pertama kajian itu, akan bermula beberapa bulan akan datang.


MH370, JACC, flaperon

Artikel Sebelum

Artikel Lain