suria

30 Maut, 94 Cedera Akibat Serangan Bom Di Majlis Perkahwinan

ANKARA: Sekurang-kurang 30 maut dan 94 lagi cedera selepas seorang lelaki meletupkan dirinya dalam majlis perkahwinan di bandar Gaziantep, Turki, Sabtu malam.

Kejadian di bandar berhampiran sempadan Syria itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan militan Negara Islam (IS).

Timbalan Perdana Menteri Turki, Mehmet Simsek berkata, beliau menyifatkan serangan yang berlaku di bandar Gaziantep itu sebagai tidak bertamadun dan percaya ia dilakukan oleh pengebom bunuh diri.

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut sama ada dari militan Kurdish atau puak pelampau IS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gaziantep dari Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), Mehmet Erdogan berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

Beliau menjangka serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh atau Parti Pekerja Kurdistan (PKK) berdasarkan bentuk serangan tersebut. - AFP




bom, IS, Turki, Mehmet Simsek

Artikel Berikut

Artikel Lain