suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jambatan Kaca Ilham Filem Avatar Kini Dibuka

ZHANGJIAJIE: Jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia yang dibina hasil inspirasi filem Avatar dibuka di kawasan pergunungan Zhangjiajie di China, Sabtu.

Jambatan sepanjang 430 meter dengan kelebaran enam meter dan tergantung 300 meter dari permukaan tanah itu diperbuat daripada 99 panel kaca.

Nilai keseluruhan binaan unik ini mencecah AS$3.4 juta (RM14.6 juta ) dan ia merentangi tebing gunung di Taman Zhangjiajie, di wilayah Hunan, China. 

Berdasarkan ujian, keutuhannya mampu menampung sehingga 800 orang pada satu-satu masa.

Pelancong boleh berjalan merentas jambatan itu yang direka seorang arkitek Israel, Haim Dotan.

Bagi yang menggemari aktiviti lasak, mereka boleh mencuba membuat lompatan bungee atau flying fox. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain