suria

Nice Larang Pemakaian Burkini

PARIS: Baju renang muslimah, burkini dilarang di semua pantai Nice di Perancis kerana kononnya ia tidak menepati maksud sebenar hubungan sosial.

Tindakan pentadbir bandar yang pernah digemparkan dengan insiden tragedi pada sambutan Hari Bastille bulan lalut itu telah mencetuskan perdebatan hangat di seluruh Perancis.

Timbalan Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi dilaporkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Manuel Valls berhubung perkara itu.

Alasan yang diberi adalah: "Menyembunyikan wajah atau memakai kostum menutup seluruh tubuh ke pantai kononnya tidak selaras dengan ideal hubungan sosial.

Notis larangan pemakaian burkini dipaparkan di tepi pantai sekitar Nice.

Rabu lalu, Valls berdepan kecaman pelbagai pihak selepas beliau menyifatkan burkini tidak tidak menepati nilai di Perancis.

Difahamkan, 15 bandar di tenggara dan kawasan lain di negara itu telah menguatkuasakan larangan itu termasuk Cannes, di mana tiga wanita masing-masing didenda 38 euro (RM172) kerana melanggar peraturan tersebut. - Reuters

Nice, burkini, Manuel Valls

Artikel Lain