suria

Gencatan Senjata Langkah Awal Tamatkan Pemberontakan 30 Tahun

Polis Filipina mengawal Presiden Rodrigo Duterte Di Manila. Foto AFP.

MANILA: Kumpulan gerila komunis Filipina dikehendaki mematuhi arahan gencatan senjata selama tujuh hari bermula Ahad bagi meningkatkan rundingan damai yang diketuai  kerajaan Norway.

Menurut laporan AFP, pada masa sama, kumpulan pemberontak tersebut menggesa Manila supaya turut melakukan genjatan senjata.

"Kami berharap pengisytiharan gencatan senjata ini akan turut dilaksanakan kerajaan sebagai tanda keazaman semua pihak bergerak ke hadapan bagi tujuan rundingan damai," kata parti itu dalam satu kenyataan.

Parti Komunis Filipina mengeluarkan kenyataan itu berikutan Presiden Rodrigo Duterte mengambil keputusan untuk membebaskan pemimpin tertinggi mereka pada Jumaat.

Mereka dijangka berangkat ke Oslo untuk melakukan rundingan itu bagi tujuan menamatkan pemberontakan yang paling lama berlaku di Asia.

Rundingan kedua-dua pihak yang akan diadakan pada Isnin diyakini dapat mencapai jalan penyelesaian politik selepas gagal dalam rundingan sejak 30 tahun lalu.

Filipina

Artikel Lain