suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Tenggelamkan Berpuluh-puluh Bot Asing

JAKARTA: Berpuluh-puluh bot asing yang ditahan pihak berkuasa Indonesia ditenggelamkan sempena Hari Kebangsaan negara itu.

Ia susulan kenyataan Presiden Joko Widodo yang bertekad membanteras aktiviti nelayan asing yang ‘mencuri’ di perairan negara itu.

Jokowi turut memperhebatkan kempen mempertahankan kedaulatan maritim Indonesia dengan menenggelam dan meletupkan berpuluh-puluh bot nelayan asing.

“Kami menenggelamkan 60 bot di lapan lokasi pada Khamis.

“Ini merupakan hadiah untuk Indonesia dan menunjukkan kami konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang,” kata pegawai Kementerian Perikanan, Mas Achmad Santosa.

Bagaimanapun, acara menenggelamkan bot itu tidak disiarkan di televisyen Indonesia, malahan tidak membenarkan media hadir, langkah berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Pada masa sama, kerajaan juga enggan mendedahkan negara asal bot-bot berkenaan.

Sebelum ini, Indonesia telah menenggelamkan bot nelayan dari beberapa negara termasuk China, Vietnam dan Filipina.

Tindakan Jakarta itu mencetuskan kemarahan Beijing.

Ketegangan antara Jakarta dan Beijing meningkat sejak beberapa bulan lalu di Kepulauan Natuna milik Indonesia selepas bot nelayan China bertempur dengan kapal pihak berkuasa Indonesia.

Situasi itu mendorong Jokowi melawat Kepulauan Natuna di atas sebuah kapal perang Indonesia pada Jun lalu.

Susulan itu juga Presiden Indonesia itu berikrar akan mempertahankan tanah dan perairan Indonesia daripada diceroboh. – AFP



Indonesia, Jokowi, bot asing

Artikel Berikut

Artikel Lain