suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita Kanak-Kanak Mangsa Perang

ALEPPO: Seorang kanak-kanak lelaki yang seluruh tubuhnya dilitupi debu runtuhan bangunan akibat serangan udara di bandar kediamannya di sini dirakam sedang duduk di kerusi ambulans dalam keadaan bingung.

Pada usia hanya lima tahun, Omran Daqneesh melalui detik mencemaskan malahan turut tercedera di dahi akibat pergolakan di negara kelahirannya, Syria.

Laporan Telegraf.co.uk menyebut, kanak-kanak itu tidak menangis, sebaliknya hanya berdiam diri sementara menunggu pasukan penyelamat membawa dia bersama kanak-kanak lain ke hospital.

Darah dan debu menutupi gambar kartun Catdog pada kemeja-T yang dipakainya.

Gambar dan video Omran menjadi viral serta-merta selepas dimuat naik ke Internet Rabu malam.

Menurut laporan Pusat Media Aleppo, Omran cedera di kepala apabila rumahnya menjadi sasaran serangan udara tentera sama ada rejim Bashar al-Assad, atau pesawat Russia.

Sukarelawan dari kumpulan Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai Helmet Putih menyelamatkan Omran dan tiga kanak-kanak lain.

Mereka dibawa ke hospital M10 untuk dirawat dan Omran dibenarkan pulang. Tetapi, tiada siapa tahu di mana ibu bapanya.

Ribuan orang mengulas mengenai imejnya di Internet, meluahkan rasa kecewa dan simpati terhadap kanak-kanak itu.





Omran Daqneesh, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain