suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Maut Disyaki Minum Arak Beracun

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas minum arak buatan sendiri yang disyaki mengandungi toksik di Bihar, timur India, demikian menurut pegawai.

Kejadian itu berlaku walaupun kerajaan mengharamkan alkohol di negeri berkenaan.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 18 orang telah dibawa ke hospital pada lewat Selasa selepas mengalami sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.

"Tiga belas orang maut setakat ini. Dua lagi adalah kritikal dan selebihnya telah dibenarkan pulang," Rahul Kumar, majistret daerah Gopalganj kepada AFP.

Kumar berkata ujian sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Bagaimanapun mereka disyaki meninggal dunia selepas minum arak haram buatan sendiri.

Sebagai salah satu negara termiskin di India, Bihar mengumumkan larangan pada April lalu selepas Ketua Menteri, Nitish Kumar berjanji pada pilihan raya untuk mengambil tindakan tegas terhadap masalah penyalahgunaan alkohol secara meluas.

Beratus-ratus orang miskin yang tidak mampu membeli minuman keras berjenama mati setiap tahun di India kerana minum alkohol murah dan mengandungi toksik. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain