161 Maut, 1,440 Cedera Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki - Dunia | mStar

161 Maut, 1,440 Cedera Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

Orang ramai bergembira selepas mereka berjaya mengambil alih semula jambatan Bosphorus, Istanbul, yang sebelum itu ditutup oleh tentera dalam cubaan rampasan kuasa di Turki. -fotoAFP

DIKEMASKINI

ANKARA: Cubaan rampasan kuasa di Turki telah 'digagalkan dengan tindakan perpaduan dan solidariti rakyatnya', menurut Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh perwakilan asingnya.

"Presiden dan kerajaan kita kekal bertanggungjawab," menurut kenyataan itu, yang dibawa oleh Kedutaan Turki di Washington dan Perwakilan Tetap ke PBB dan diletakkan di laman web agensi berita Anadolu.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim dilaporkan sebagai berkata, seramai 161 orang terbunuh, 1,440 cedera dan 2,839 anggota tentera ditahan berikutan insiden itu.

"Angkatan tentera Turki tidak terlibat dalam percubaan rampasan kuasa secara keseluruhan. Ia telah dijalankan oleh satu kelompok dalam angkatan tentera dan mendapat tindak balas selayaknya dari rakyat negara kita," katanya.

Berlaku situasi huru-hara pada lewat malam Jumaat apabila kumpulan tentera cuba mengawal jambatan dan fungsi utama di bandar-bandar utama.

Keadaan bertukar menjadi ngeri apabila helikopter tentera memulakan serangan udara dan mengebom lokasi-lokasi utama di ibu negara, Ankara.

Serangan udara di beberapa lokasi termasuk bangunan ibu pejabat Parti AK, kompleks presiden dan kakitangan am telah dilaporkan.

Yildirim mengumumkan zon larangan terbang telah dikuatkuasakan ke atas Ankara, sambil menambah komander tentera, termasuk Ketua Staf, Hulusi Akar, sedang bertugas dan berusaha untuk menghentikan tindakan ketenteraan secara haram itu.

Berjuta-juta rakyat Turki bermalam di jalan-jalan sekitar Turki sebagai tanda sokongan kepada kerajaan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang sedang bercuti di pantai bahagian barat daya ketika rampasan kuasa berlaku terbang ke Istanbul sebelum subuh pada Sabtu dan telah bertemu penyokongnya di luar Lapangan Terbang Ataturk.

Pemberontakan itu merupakan 'perbuatan khianat', dan mereka yang bertanggungjawab akan membayar 'harga yang tinggi', dia kemudian memberitahu pemberita pada sidang akhbar yang diatur secara tergesa-gesa.

rampasan kuasa , Binali Yildirim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain