suria

Lionel Messi Batal Perjalanan Ke Turki Bertemu Erdogan

LIONEL Messi membatalkan perjalanannya ke Turki pada Sabtu selepas berlaku rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

Pemain terbaik dunia itu dijadual akan bersama Samuel Eto'o dalam perlawanan amal di Antalya termasuk beberapa pemain lain.

Bagaimanapun, persiapan itu terpaksa dibatalkan kerana bimbang tahap keselamatan tidak terkawal.

Presiden Turki, Recep Erdogan antara orang kenamaan yang akan menonton perlawanan amal tersebut.

"Program ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan mempromosikan pelancongan Turki.

"Recep Tayyip Erdoğan dan pegawainya telah memberi sokongan terhadap program yang akan dijalankan," kata Eto'o.

Bekas pemain Barcelona itu memberitahu, antara pemain yang terlibat ialah Neymar, Luis Suarez, Diego Maradona, Eden Hazard, Francesco Totti, Michael Essien, Xavi, Jay Jay Okocha, Pierre Emerick Aubameyang, Andres Iniesta, Demba Ba, Didier Drogba  dan Arda. - Daily Mirror

Lionel Messi, Turki

Artikel Berikut

Artikel Lain