suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

42 Terbunuh Dalam Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersama penyokongnya di lapangan terbang Ataturk, Istanbul, pagi Sabtu. - fotoREUTERS
ISTANBUL: Seramai 42 orang terbunuh di ibu negara Turki, Ankara, apabila rampasan kuasa cuba cuba dilakukan pada malam Jumaat, menurut seorang pegawai kanan Turki, mengesahkan laporan berita kendalian negeri, Anadolu Agency yang dibuat sebelum ini.

Tujuh belas daripada mereka yang terbunuh adalah pegawai polis, lapor Anadolu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, lebih 120 orang telah ditangkap dalam cubaan rampasan kuasa, sambil menambah beliau tidak mengetahui di mana ketua tentera Turki berada.

Erdogan dalam komen disiarkan yang disiarkan secara langsung di stesen TV swasta, NTV

berkata rampasan kuasa cuba itu cuba dilakukan oleh pengikut cendekiawan Islam Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.


Turut dilaporakan, hotel Erdogan di pantai Aegean telah dibom sejurus selepas beliau terbang ke Ankara.

Erdogan pada Sabtu berkata beliau akan kekal bersama rakyat dan akan tidak pergi mana-mana, mendakwa berjuta-juta rakyat di jalan raya membantah cubaan rampasan kuasa.
rampasan kuasa Turki, Erdogan

Artikel Lain