suria

Singapura Akan Sesuaikan Sebarang Kenaikan Tol Di Malaysia

SINGAPURA: Singapura akan terus melakukan penyesuaian dalam sebarang kenaikan kadar tol di Malaysia, demikian menurut laporan Channel NewsAsia.

Memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, laporan itu mennyebut bahawa dasar yang diamalkan sejak sekian lama itu, adalah untuk memastikan Malaysia mempertimbangkan maklum balas Singapura apabila merancang untuk menaikkan kadar tol.

Khaw berkata demikian ketika menjawab soalan di Parlimen sama ada kementerian akan menyesuaikan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan mengubah suai caj VEP bagi kenderaan yang memasuki Singapura.

Soalan berkenaan diajukan berikutan hasrat Malaysia untuk mengenakan caj sebanyak RM20 untuk setiap kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura.

Khaw berkata Singapura memberi sokongan berterusan dan mempunyai rangkaian pengangkutan liberal yang terbuka dengan Malaysia.

Sebagai contoh, tol di Tambak Johor dan Laluan Link Kedua diperkenalkan pada 1998, sebagai tindak balas terhadap keputusan Malaysia untuk mengenakan tol di kedua-dua laluan berkenaan.

"Prinsip sama akan terpakai terhadap tindak balas Malaysia yang berlaku pada caj jalan raya," beliau dipetik sebagai berkata.

"Jika ia mendiskriminasikan kenderaan yang berdaftar di Singapura, kami akan memadankannya dalam bentuk tertentu.

"Kami akan mengesahkan sama ada dan bagaimana kita akan bertindak balas selepas Malaysia melaksanakan caj jalan mereka berserta butiran yang ada."

Malaysia kini sedang menjalankan ujian percubaan untuk melaksanakan sistem VEP bagi kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dari Singapura bermula 1 Jun hingga 15 Julai.

Caj VEP sebanyak RM20 hanya akan dikenakan mulai 16 Julai manakala pendaftaran kenderaan untuk VEP akan dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

Kini, caj VEP yang dikenakan Singapura terhadap kenderaan asing berdaftar ialah S$35 (S$1=RM2.95) sehari, $40 sebulan bagi Permit Kenderaan Barangan asing berdaftar.

Setiap kereta asing diberikan 10 hari percuma setiap tahun, tiada caj dikenakan semasa hujung minggu dan apabila memasuki republik berkenaan mulai 5 petang hingga 2 pagi dari Isnin hingga Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain