suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banduan Tembak Mati Dua Pegawai Polis Di Mahkamah

CHICAGO: Seorang banduan Amerika Syarikat (AS) menembak mati dua pegawai polis dan mencederakan timbalan Sherif di mahkamah Berrien Country, Michigan ketika cubaan melarikan diri pada Isnin.

Namun banduan tersebut tidak berjaya melepaskan diri dan mati di tempat kejadian selepas pegawai polis yang lain membalas tembakan.

Menurut Sherif Paul Bailey, timbalan Sherif serta seorang mangsa yang ditembak pada bahagian lengan telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Nama penuh pegawai yang menjadi mangsa kejadian tersebut akan diumumkan selepas ahli keluarga membuat pengecaman mayat tersebut.

"Saya telah kehilangan rakan-rakan dan berat hati ini untuk datang bagi melakukan siasatan.

"Rasa lebih sedih kerana mereka merupakan teman sekerja kami semua," kata Bailey kepada pemberita.

Penyiasat telah melakukan siasatan di tingkat tiga di mana kejadian tembak menembak itu berlaku.

Mereka juga sedang mengkaji rakaman kamera keselamatan yang terdapat dalam bangunan tersebut.

polis, tembak, mahkamah, banduan

Artikel Lain