Theresa May Sah Bakal PM Baru Britain Selepas Andrea Leadsom Tarik Diri - Dunia | mStar

Theresa May Sah Bakal PM Baru Britain Selepas Andrea Leadsom Tarik Diri

Theresa May

LONDON: Theresa May bakal mengangkat sumpah jawatan perdana menteri Britain pada Rabu selepas perkembangan terbaru politik negara itu menyaksikan pencabar tunggalnya sebagai pemimpin Parti Konservatif, Andrea Leadsom mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon pada lewat Isnin.

Leadsom memberi alasan yang beliau tidak yakin akan memperolehi undi yang mencukupi untuk menang dalam persaingan dengan May.

Andrea Leadsom

May akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher (gambar) menyandang jawatan itu dari tahun 1979 sehingga 1990.

Perkembangan terbaru ini turut menyaksikan perdana menteri sekarang, David Cameron terpaksa mengadakan satu sidang akhbar khas di hadapan pejabat dan kediamannya No 10, Downing Street untuk mengumumkan yang beliau akan mempengerusikan mesyuarat terakhir kabinetnya pada Rabu sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan kepada baginda Ratu.

Ini akan disusuli dengan May mengadap Ratu untuk memaklumkan yang beliau kini menerima mandat daripada majoriti anggota parti dalam parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

May dan Leadsom sepatutnya berentap bagi kerusi ketua Parti Konservatif 9 September ini selepas ahli-ahli parlimen dari parti berkenaan mengundi untuk mencalonkan dua pemimpin dari kalangan mereka untuk berentap sebagai ketua, minggu lalu.

Oleh kerana Parti Konservatif adalah parti yang memerintah selepas pilihan raya umum tahun lepas, siapa yang dipilih sebagai ketua pada konvensyen parti itu September nanti secara automatik akan mengisi kerusi perdana menteri kelak.

Cameron mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan perdana menteri selepas rakyat Britain mengundi dalam satu referendum 23 Jun lalu untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Cameron menyokong untuk Britain terus kekal di dalam kesatuan berkenaan. Kegagalannya menyakinkan majoriti rakyat negara itu telah mendorongnya untuk melepaskan kerusi perdana menteri yang disandangnya sejak enam tahun lalu.

Beliau merasakan yang dirinya ditikam dari belakang oleh sebahagian anggota parlimen dan juga kabinetnya yang berkempen untuk Britain keluar dari EU yang juga dikenali dengan gelaran Brexit.

Ini mendorong beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif sekaligus mengosongkan jawatan perdana menteri - 24 jam selepas rakyat Britain membuat keputusan keluar dari EU.

Di bawah EU, warganegara anggota bebas keluar masuk dan bekerja tanpa halangan imigresen.

Sebahagian besar penduduk luar bandar Britain yang mengundi untuk Brexit merasakan ini sebagai ancaman kepada masa depan penduduk asal.

Bagaimanapun majoriti penduduk di kota besar Britain termasuk di Scotland mengundi untuk terus kekal di bawah EU kerana kehadiran warganegara anggota EU yang lain dengan pelbagai latarbelakang kemahiran telah membawa kemakmuran kepada semua apatah lagi sesetengah pekerjaan yang tidak lagi mahu dilakukan oleh penduduk asal telah diisi oleh warganegara EU yang lain.

Dalam pada itu, May berjanji yang kabinetnya akan memastikan keputusan majoriti rakyat Britain berhubung Brexit dihormati dengan melaksanakan apa yang diputuskan.

May adalah bekas setiausaha dalam negeri Britain di bawah kabinet Cameron.

Britain , Brexit

Artikel Sebelum

Empat Warga Bangladesh Biayai IS Dipenjara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain