Tentera Syria Bunuh Wartawan, Jurugambar - Dunia | mStar

Tentera Syria Bunuh Wartawan, Jurugambar

Marie Colvin

WASHINGTON: Tentera rejim Bashar al-Assad dilapor membunuh seorang wartawan Amerika Syarikat (AS), Marie Colvin pada Februari 2012 bagi menyekatnya daripada membuat liputan mengenai kekejaman kerajaan Syria.

Tindakan kejam terhadap wartawan itu didedahkan selepas satu tuntutan difailkan di mahkamah AS pada Sabtu.

Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah, tentera Syria telah menggodam talian telefon Colvin sebelum melancarkan roket untuk membunuhnya.

Colvin yang merupakan wartawan perang untuk akhbar The Sunday Times British dibunuh bersama jurugambar Perancis, Remi Ochlik.

Turut dibunuh dalam serangan itu ialah jurugambar British Paul Conroy dan wartawan Perancis, Edith Bouvier manakala pertahanan media Syria, Wael Al-Omar mengalami kecederaan.

Tuntutan itu dibuat berdasarkan dokumen kerajaan yang diperolehi menerusi kumpulan yang berpaling tadah termasuk abang Assad iaitu Maher.

Syria , AS , British

Artikel Sebelum

Aktivis Politik Kemboja Ditembak Mati

Artikel Berikut

Matador Terbunuh Ditanduk Lembu