suria

Yayasan Milik Dr Zakir Di Mumbai Dalam Pemerhatian Selepas Serangan Di Dhaka

Dr Zakir Naik
MUMBAI: Siasatan terhadap serangan di Dhaka Jumaat lalu telah membawa polis ke Mumbai, tempat di mana Dr Zakir Naik menjalankan tugas-tugas berkaitan dakwahnya.

Dikenali sebagai Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang terletak di satu lorong di kawasan kejiranan Mumbai Dongri, pusat yang diasaskan oleh ulama Islam ini kira-kira enam tahun lalu kini menjadi perhatian Agensi Risikan Kebangsaan India (NIA) dan negara lain serta rangkaian Pusat anti keganasan.

Ini berikutan pengakuan dua suspek pengganas Negara Islam (IS), Rohan Imtiaz dan Nibran Islam, yang menyerang dan mengepung Artisan Holey Bakery di Dhaka minggu lepas bahawa mereka telah mendapat 'inspirasi' daripada ajaran radikal Zakir dan telah menjadi pengikut setia beliau di Facebook dan Peace Television Channel.

Pada Rabu, Zakir, bagaimanapun, menafikan pernah berkata bahawa 'semua umat Islam perlu menjadi pengganas'.

Berdepan tindak balas kerana mempertahankan Osama bin Laden dalam salah satu ucapan, Zakir berkata video ucapan beliau telah dipalsukan.

NIA dan Skuad Anti Keganasan (ATS) telah membuat keputusan untuk memeriksa dan menganalisis wacana Zakir untuk menentukan sama ada yayasan itu terlibat dalam radikalisasi anak muda berpendidikan dan celik teknologi, bukan sahaja di India tetapi juga di negara-negara jiran.

Agensi-agensi Pusat telah memulakan tindakan selepas Bangladesh bersetuju untuk berkongsi risikan dan input siasatannya untuk mengelakkan rantaian keganasan.

Sejak kebangkitan IS, NIA dan ATS telah menahan lebih daripada 50 anak muda di seluruh negara, sama ada yang telah berfikiran radikal atau yang hampir terjebak ke dalamnya atas nama 'jihad'  agama.

Zakir, yang berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah, terkenal dengan 'persidangan keamanan' di mana beliau 'menjelaskan pandangan Islam dan menerangkan salah faham dengan tafsiran sahih daripada kalimah-kalimah agama."

Bagaimanapun, beliau tidak menganjurkan sebarang persidangan sejak 2012 kerana memilih untuk disiarkan di Peace TV Network.

Kes pertama radikal berlaku dua tahun lalu apabila empat pemuda yang yang biasa dengan teknologi tanpa disangka-sangka hilang dari rumah mereka di Mumbai.

Mereka didakwa melarikan diri ke Syria tanpa memberitahu keluarga mereka. Pihak polis mengesyaki penglibatan Zakir dalam kehilangan itu.

Zakir telah melawat beberapa negara di seluruh benua, bagaimanapun beliau diharamkan di United Kingdom dan Kanada untuk menyampaikan ceramah mengenai rukun Islam.

Sumber berkata keterangan dua remaja Bangladesh semasa soal siasat disokong dengan kenyataan yang sama dibuat oleh Mohammed Ibrahim Yazadani dari Hyderabad, yang baru-baru ini ditangkap oleh NIA dalam satu serbuan di didakwa oleh modul IS di bandar itu.

Yazadani dilaporkan memberitahu NIA bahawa dia telah 'dipengaruhi' oleh Zakir dan telah melawat Mumbai untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Keamanan pada tahun 2011.

Skuad anti keganasan polis Maharashtra telah menghalang tiga pemuda berasal dari pinggir bandar Malawani di Mumbai daripada keluar dari negara itu untuk menyertai IS di Syria pada tahun lepas.

Apabila disoal mengapa mereka mahu menyertai IS ketiga-tiganya memberitahu polis bahawa mereka telah dipengaruhi oleh ajaran Zakir.

Yayasan milik Zakir yang berusia 49 tahun itu didakwa mempunyai lebih daripada 1,000,000 pengikut di Facebook.

Peace Network dipercayai mempunyai penonton global sebanyak 200 juta orang. The Statesman/Asia News Network

Dr Zakir Naik, militan IS, IRF Mumbai

Artikel Sebelum

Artikel Lain