suria

Kapal Angkasa Nasa Berjaya Masuki Orbit Planet Musytari

Nasa pada Selasa meraikan kegembiraan apabila kapal angkasa, Juno bernilai AS$1.1 bilion (RM4.44 bilion) berjaya memasuki orbit mengelilingi planet Musytari dalam misinya untuk mengkaji sistem solar.

Makmal pendorongan jet Nasa di Pasadena, Carlifornia bersorak apabila balai cerap solarnya berjaya memasuki orbit yang mengelilingi planet terbesar.

"Kami berada di dalamnya," teriak Scott Bolton, yang merupakan penyelidik utama Nasa dari Institut Penyelidikan Southwest di San Antonio, Texas.

"Anda merupakan pasukan yang terbaik," katanya kepada rakan pasukannya dalam misi berkenaan.

"Anda baharu sahaja melakukan perkara yang paling sukar yang Nasa pernah lakukan."

Juno dilancarkan lima tahun lalu dari Cape Canaveral, Florida dan sejak itu telah mengembara sejauh 2.74 bilion kilometer.

"Kami belajar mengenai alam semula jadi, bagaimana Musytari dibentuk dan apa yang memberitahu kita mengenais sejarh dan di mana kita berasal," kata Bolton.

Orbit dalam sistem solar di planet terbesar ini berada pada kedudukan kelima dari matahari, mengambil masa 53 hari. Orbit yang lain tempoh lebih pendek.

Hanya satu lagi kapal angkasa, Galileo yang pernah mengelilingi Musytari.

Nasa, Musytari

Artikel Lain