suria

4 Pelancong Malaysia Selamat Insiden Kapal Persiaran Tenggelam Di Vietnam

DA NANG: Empat rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal persiaran tenggelam di Sungai Han, Vietnam bersama 39 yang lain dilaporkan selamat.

Bagaimanapun tiga lagi mangsa masih hilang, demikian menurut laporan media.

Kapal Thao Van 2 yang membawa bersama 46 orang penumpang terbalik pada kira-kira pukul 8:40 malam waktu tempatan.

Terdapat 26 pelancong di atas kapal berkenaan.

Tuoitrenews.vn menamakan tiga penumpang yang hilang itu sebagai Trinh Kim Phuong, 7; Trinh Tien Hung, 4 yang kedua-duanya berasal dari wilayah utara Bac Kan, dan Pham Tan Cuong, 46, dari wilayah selatan-tengah di Binh Dinh.

Pasukan mencari terdiri daripada 70 penyelam profesional dan kakitangan unit tentera telah dihantar untuk menyelamatkan penumpang. Berita Harian/Asia News Network

Artikel Berikut

Artikel Lain