suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Kerabat Diraja Antara Tujuh Dipenjara Hina Raja, Badan Kehakiman

BANDARAYA KUWAIT: Tiga ahli keluarga pemerintah Al-Sabah dan empat yang lain dijatuhi hukuman penjara kerana menghina Raja dan badan kehakiman menerusi internet.

Mahkamah menetapkan hukuman lima tahun penjara masing-masing ke atas tiga kerabat diraja dan dua yang lain, manakala lelaki keenam dikenakan hukuman penjara setahun dan penjara 10 tahun ke atas lelaki ketujuh secara tanpa hadir.

Media tempatan melaporkan, kerabat diraja itu termasuk Sheikh Athbi al-Fahad Al-Sabah, anak saudara kepada Raja di negara Teluk itu dan bekas ketua polis perkhidmatan rahsia. 

Beliau juga adalah adik kepada tokoh sukan antarabangsa Sheikh Ahmad al-Fahad Al-Sabah. Defendan kekal bebas dengan ikat jamin.

Mereka antara 13 individu yang didakwa menggunakan Whatsapp dan Twitter untuk menghina Raja dan menyiarkan berita palsu menuduh hakim menerima rasuah.

Turut disabitkan adalah pengarang akhbar Al-Watan dan televisyen yang ditutup kerajaan, Sheikh Khalifa Ali Al-Sabah, kerana melanggar peraturan kewangan korporat dalam keputusan yang disahkan oleh mahkamah.

Sementara itu enam lagi lelaki dibebaskan. Pendakwaan itu bagaimanapun belum muktamad kerana mereka masih boleh mencabarnya di mahkamah rayuan dan agung. 

Artikel Lain