suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaya 'Larikan' Wanita Ketika Berenang di Pantai Thornton, Australia

SYDNEY: Seorang wanita dikhuatiri mati selepas dibawa oleh seekor buaya ketika berenang pada lewat malam bersama kawannya di pantai di utara Australia, kata polis.

Kedua-dua wanita berusia dalam lingkuan 40-an itu pada mulanya sedang bersiar-siar di Pantai Thornton pada petang Ahad di utara Queensland sebelum membuat keputusan malang untuk berenang di kawasan yang diketahui penuh dengan buaya.

"Wanita itu berenang dengan kawan perempuannya yang juga berusia 40an pada pukul 10.30 malam apabila kejadian itu berlaku," kata polis dalam kenyataan.

Konstabel Kanan Russell Parker berkata, wanita yang dipercayai pelancong Australia itu berada di dalam air ketika salah seorang daripada mereka diserang buaya.

Kawan wanita berkenaan cuba sedaya upaya untuk mengheret dia ke kawasan selamat namun gagal.

"Mereka memutuskan untuk berenang di kawasan air yang hanya berada pada paras pinggang.

"Rakannya cuba untuk mengheret dia ke pantai tetapi malangnya tidak mampu untuk berbuat demikian dan wanita itu kemudiannya hilang," katanya.

Sebuah helikopter penyelamat yang menggunakan peralatan pengimejan haba turut dikerah namun mangsa masih belum ditemui. AFP

Artikel Lain