suria

Menara Eiffel Jadi Rumah Percutian Sepanjang Euro 2016

PARIS: Empat pemenang bertuah pertandingan yang julung kali diadakan sempena UEFA Euro 2016 bakal menjadi kumpulan pertama dalam sejarah menjadikan Menara Eiffel sebagai rumah percutian mereka.

Pertandingan yang bermula kelmarin itu memberi peluang kepada pemenang untuk tinggal di monumen terkenal yang menawarkan pemandangan indah Arc de Triomphe, Sacre Coeur dan Sungai Seine di sini.

Syarikat percutian atas talian, HomeAway akan mengambil alih sebahagian ruang tingkat satu mercu tanda ikonik setinggi 300 meter itu sepanjang Euro 2016 yang akan berlangsung di Paris dan mengubahnya menjadi kediaman ala Hausmannian.

Ketua Pegawai Eksekutif HomeAway, Brian Sharples menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Tentunya ia akan menjadi kenangan dan percutian paling menyeronokkan seumur hidup," katanya. - AP



Menara Eiffel, Euro 2016, HomeAway

Artikel Lain