suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manny Pacquiao Peroleh Kejayaan Besar Dalam Politik

BINTANG tinju dunia, Manny Pacquiao memperoleh kejayaan besar dalam kerjaya politiknya selepas dipilih sebagai ahli Dewan Senat Filipina.

Juara welterweight dunia itu antara 12 ahli Dewan Senat atau senator yang dipilih.

Pada minggu lalu, rakyat Filipina bertanggungjawab memilih seorang presiden, naib presiden, 12 senator, 200 ahli kongres dan 18,000 pegawai tempatan.

Seramai 80 peratus daripada 55 juta pemilih keluar membuang undi dalam pilihan raya umum yang diadakan enam tahun sekali itu.

"Saya akan memberi fokus dan lebih berdisiplin, itu jugalah yang saya lakukan dalam tinju untuk membantu negara ini," katanya yang berusia 37 tahun.

Artikel Lain