suria

Presiden Perancis Sahkan Pesawat EgyptAir Terhempas Di Mediterranean

Francois Hollande

MESIR: Presiden Perancis mengesahkan pesawat EgyptAir yang membawa 66 orang dari Paris ke Mesir dilaporkan terhempas di Mediterranean, pada Khamis.

Francois Hollande mengesahkan  insiden terhempas ini dan pejabat pendakwa Perancis memberitahu pihaknya sudah  mula membuat siasatan mengenai punca kejadian ini.

Pesawat Airbus A320 itu membawa 30 rakyat Mesir, 15 Perancis, dua Iraq dan masing-masing seorang dari Algeria, Britain, Belgium, Kanada, Chad, Kuwait, Portugal, Arab Saudi dan Sudan.

"Kami perlu mengetahui punca sebenar kejadian ini biarpun timbul pelbagai kemungkinan sama ada disebabkan kemalangan atau perkara lain," jelasnya.

Pesawat EgyptAir yang berlepas dari Paris menuju ke Kaherah itu dilaporkan hilang dari radar ketika berada di atas Laut Mediterranean.

Menurut EgyptAir, pesawat tersebut yang berada pada kedudukan 37,000 kaki hilang kira-kira pukul 2.45 pagi, 20 minit sebelum dijadualkan mendarat pada pukul 3.05 pagi selepas memasuki ruang udara Mesir.

Artikel Lain