suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas EgyptAir: "Dia Sedang Gembira Sambut Kelahiran Anak Kedua"

Gambar kenangan Osman dan isteri.

SWANSEA: "Dia sedang gembira menyambut kelahiran anak perempuan kedua, setiap masa dia memberitahu sangat gembira dengan kehadiran bayi tersebut, tetapi kini dia telah meninggalkan anak-anaknya."

Itu cerita abang kepada penumpang EgyptAir yang dipercayai terkorban selepas serpihan pesawat berkenaan ditemui di laut Mediterranean.

Penumpang tersebut iaitu, Richard Osman sedang meraikan kelahiran anak perempuan keduanya sejak tiga minggu lalu sebelum meniaki pesawat yang hilang dari radar sejak pagi Khamis.

Abangnya, Alastair mendedahkan Osman amat gembira dengan kehadiran Olympe pada 27 April lalu.

Osman mempunyai dua anak perempuan iaitu yang sulung, Victios hasil perkahwinan dengan wanita Perancis, Aureilie.

"Saya mendapat panggilan tentang Osman daripada kakak pada pagi itu, saya terkejut dengan kejadian itu.

"Saya masih terbayangkan kegembiraan Osman yang merupakan seorang ahli geologi yang ke Mesir kerana urusan kerja," jelasnya.

Pesawat yang membawa 66 penumpang itu itu disahkan terhempas selepas pihak penyelamat menemui serpihan berhampiran Pulau Greek.


EgyptAir, Mesir, Swansea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain