suria

Pesakit Kanser Pertama Terima Transplan Zakar

BOSTON: Pesakit kanser zakar yang terpaksa menanggung derita emosi dan fizikal selepas organ itu dipotong akibat penyakit yang dihidapinya kini mampu tersenyum apabila pasukan perubatan memperoleh penderma untuk tujuan transplan.

Thomas Manning kini menjadi pesakit kanser menjadi penerima transplan zakar pertama di Amerika Syarikat(AS).

Pembedahan organ selepas memperoleh daripada penderma yang telah meninggal dunia itu disahkan pihak pengurusan Hospital Besar Massachusetts.

Lelaki yang berasal dari Halifax itu menerima zakar transplan dalam prosedur pembedahan selama 15 jam, minggu lalu.

AFP menyebut, akhbar New York Times melaporkan, ketua pasukan bedah berkenaan, Dr. Curtis Cetrulo berkata, pesakit berusia 64 itu akan dapat membuang air kecil seperti biasa dalam masa beberapa minggu lagi.

Malahan, katanya, Manning juga boleh melakukan hubungan kelamin seperti lelaki normal lain dalam masa beberapa bulan kemudian.

“Pasukan kami optimis tetapi berhati-hati. Kami tidak pernah melakukan pembedahan seperti ini,” kata Cetrulo, seorang pakar bedah plastik dan pembentukan semula.

Manning yang tidak berkahwin mengakui, dia sukar untuk mencari pasangan baharu selepas organ kelelakiannya terpaksa dipotong akibat barah zakar.

Tambahnya lagi, hidupnya akan lebih sempurna jika zakar baharunya dapat berfungsi 75 peratus seperti zakar normal.

“Jika pembedahan ini cepat sembuh, tentunya saya dapat kembali bekerja dan bercinta semula,” katanya.

Zakar yang didermakan itu datang dari Bank Organ New England, manakala pasukan perubatan berkenaan mengambil masa tiga tahun untuk membuat persiapan sebelum melakukan prosedur itu.

Pembedahan ke atas Manning melibatkan kira-kira 12 doktor bedah dan 30 petugas perubatan lain, demikian menurut New York Times.

Pembedahan pemindahan zakar pertama di dunia dilakukan di Universiti Stellenbosch, Afrika Selatan pada Disember 2014. – AP


zakar, Thomas Manning, Boston

Artikel Lain