suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sadiq Khan Ajak Trump Ke London

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan menjemput Donald Trump ke Britain untuk memberi pendedahan mengenai kehidupan penduduk beragama Islam yang selesa dengan nilai liberat barat.

Malahan, katanya lagi kunjungan Trump itu juga umpama lawatan sambil belajar bagi calon presiden Amerika Syarikat (AS) yang sering mencetuskan kontroversi itu mengenai Islam itu.

"Saya mahu Donald Trump datang ke London supaya saya boleh memperkenalkan beliau dengan ribuan atau jutaan umat Islam negara ini yang gembira menjadi rakyat Britain dan orang Barat.

"Saya mahu didik Trump dan tunjukkan kepadanya bahawa anda boleh menjadi Islam dan Barat dalam masa yang sama," katanya.

Khan menolak tanggapan bahawa Islam adalah tidak sesuai dengan nilai Barat moden dan menyifatkan pandangan jahil Trump terhadap agama tersebut telah meletakkannya ke dalam tangan pelampau.

Disember lalu, Trump menggesa larangan penuh ke atas umat Islam yang ingin memasuki AS selepas insiden tembakan maut di San Bernardino, California, disyaki dilakukan kumpulan militan IS. 


Donald Trump, Sadiq Khan, London, Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain