suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh CCTV Rakam Wanita Kencing Dalam Lif

HONG KONG: Tanpa disedari perbuatan seorang wanita membuang air kecil dalam lif di sebuah pusat membeli-belah di sini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Tindakan tidak senonoh yang mulanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi itu bagaimanapun mengundang malang buat wanita itu apabila rakaman itu tersebar di media sosial.

Susulan itu, netizen tidak henti mengkritik dan mengecam tindakan wanita itu. 

Sebuah portal melaporkan, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya sebelum mereka tergesa-gesa keluar dari lif.

Komen netizen terhadap perbuatan wanita itu juga mendorong pihak berkuasa menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan pelaku itu dan rakannya.

lif, netizen, CCTV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain